Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Cara Nak Tahu Jantina Komputer/Laptop Anda??


Okeyh .Kita akan cuba buat satu fail i-love-you.vbs untuk memastikan suara yang keluar daripada simple visual basic script ini adalah lelaki ataupun perempuan. Jikalau suara selain daripada ini yang keluar pihak kami tidak bertanggungjawab.hehee

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"i love you"

Langkah 1 :
Buka notepad Start > All programs > Accessories > Notepad, dan taip CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”i love you”


Langkah 2 :
Save sebagai i-love-you.vbs dan save as type : All Files

Read more...



Mutiara Kata:



Terlupa Password Komputer?


Kita biasanya meletakkan password pada windows komputer untuk tujuan keselamatan. Maksudnya kita tidak mahu orang-orang yang tidak berkenaan mengganggu fail-fail atau maklumat yang terdapat di dalam komputer.

Namun, adakalanya kita lupa password yang pernah kita pasang di komputer bersistem operasi Windows XP. Padahal tanpa password tersebut, kita tidak boleh melakukan apa-apa di komputer. Password ini memang ibarat kunci masuk pintu di rumah. Jadi apa yang harus anda dilakukan? Memformat seluruh harddisk? Jangan dulu!!!

Jika dalam Windows XP anda terdapat dua atau lebih account user, lakukan langkah ini:

1. Login sebagai salah satu user yang password-nya anda ingat.

2. Klik Start, lalu Run.
3. Dalam kotak Open taipkan control “userpasswords2″, dan klik OK.

4. Klik user account yang anda lupa password tersebut, lalu klik Reset Password.

Read more...



Mutiara Kata:



Ciri-ciri ketagih Facebook


- Tidak dapat berenggang dengan internet
- Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
- Sentiasa terbayang apa yang ada dalam facebook semasa offline
- Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
- Lebih selesa melayari facebook daripada keluar rumah atau menonton tv
- Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
- Melayari facebook lebih 10 kali sehari sekadar berbual kosong.
- Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
- Sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
- Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.
- Berbagai medium untuk ber'FB seperti Mobile Web, Via SMS , Wifi , Broadband , di Office,di rumah .
Read more...



Mutiara Kata:



Jaga Kesihatan mata ketika menggunakan komputer


Peningkatan penggunaan komputer dalam kalangan masyarakat sama ada untuk tujuan pekerjaan, pembelajaran mahupun bagi tujuan-tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat, telah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya.

Dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.

Gejala dan tanda ;
Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah:

Read more...



Mutiara Kata:



Bahasa Internet

Bahasa Internet :

121 - One to One ( satu dengan satu )
AFK - Away From Keyboard ( jauh dari papan kekunci )
AKA - Also Known As ( juga dikenali sebagai )
ASAP - As Soon As Posibble (secepat mungkin )
A/S/L - Age / Sex / Location ( umur / jantina / tempat )
BBL - Be Back Later ( kembali selepas ini )
BTW - By The WAy ( bagaimanapun )
FAQ - Frequently Asked Question ( soalan sama berulang )
FYI - For Your Information - ( untuk pengetahuan anda)
IDK - I Don't Know ( saya tidak tahu )
J/K - Just Kidding ( gurau jer )
L8R - Later ( lepas ni )
LOL - Laugh Out Load ( ketawa dengan kuat )
PM - Private Message ( mesej perseorangan )
ROFL - Rolling on The Floor ( gelak guling - guling )
SYL - See You Later ( jumpa lagi )




Sumber : FB
Read more...



Mutiara Kata:



Membuka folder/ fail secara automatik

Jika anda ingin mengakses lebih banyak Folder/ Fail di dalam pc, anda boleh membukanya secara automatik apabila anda login, logoff, shutdown ataupun restart pada bila-bila masa.

bagaimana caranya??? mudah sahaja cuma ikuti beberapa langkah yang ada dibawah ini:

Untuk permulaan proses ini, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan log in window di PC/Laptop sebagai administrator.

1. Klik pada start button kemudian klik pada control panel



2. Buka pada "Appearance and Theme" di bahagian control panel dan klik pada Folder Option



3. Anda akan dapati ada kotak dialog/ dialog box untuk folder option terpapar di skrin anda.

4. Klik pada bahagian View Tab


5. Di bahagian Advance Setting, tarik ke bawah dan tandakan pada kotak kosang di bahagian "Restore Previous Folder Windows at Logon"

6. Sekarang ini, jika anda shutdown, log off, mahupun restart, PC/Laptop anda akan membuka Fail/Folder sama seperti sebelumnya pada tempat yang sama.

7. SEMOGA BERJAYA !!!!
Read more...



Mutiara Kata:



Numlock Key

Susah bukan setiap kali log on pada window, setiap kali itu juga lah kita terpaksa klik pada Numlock button yang sememangnya terletak pada keyboad.

Disini kami ingin berkongsi pada anda bagaimana untuk memastikan Numlock dibahagian keyboard sentiasa berfungsi.

1. Klik pada Start Button dan buka Fail Notepad
2. Copy skrip di bawah ini dan Paste kan di dalam Notepad

-----------------------------------------------------------------------------------

set WshShell = CreateObject("WScript.Shell")

WshShell.SendKeys "{NUMLOCK}"


-----------------------------------------------------------------------------------

3. Seterusnya, simpan fail tersebut dengan nama "num.vbs" beserta dengan Quote sekali

4. Simpan fail ini ke dalam Startup folder. Lokasi fail ini adalah seperti berikut: Documents and Settings\All Users\Start Menu\Programs\Startup.

5. Restart sistem window anda, dan lihat hasilnya.. Anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk menekan Numlock key setiap kali anda membuka PC/LAptop anda. Semoga berjaya..
Read more...



Mutiara Kata:



Warning.. email "black muslim in white house" containing worst virus???

"Hati2... jika anda menerima email seperti ini daripada kawan, keluarga atau musuh ketat anda sekalipun jangan sesekali cuba untuk buka, kerana email ini mengandungi virus yg teramat merbahaya dimana ia nya mampu untuk merosakkan hard disk anda dalam sekelip mata..

virus ini telah dikesan oleh syarikat-syarikat terkemuka seperti Microsoft , Mcafee dan telah diumumkan oleh CNN sebagai virus yg terburuk dan tiada cara untuk memulihkannya

"

persoalannya, adakah maklumat ini benar, ataupun hanya untuk menakutkan kita semua.??

Di bawah, saya sertakan link(dah baca tapi masih ragu-ragu kesahihannya) yang mana mampu sedikit sebanyak menghuraikan persoalan kandungan maklumat tersebut. Tetapi itu bergantung pada anda samada mahu untuk mempercayainya ataupun tidak.

http://www.hoax-slayer.com/black-in-white-house-virus-hoax.shtml




Jadi, apa pandangan anda ?????????
Read more...



Mutiara Kata:



Kebaikan dan keburukan Internet

Kelebihan

1. Maklumat

Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

2. Alat komunikasi

Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.

3. Jimatkan Kos dan Masa

Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.

4. Berita Terkini

Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.

5. Pengiklanan

Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.

6. Hiburan

Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya.

7. Pendidikan Secara Atas Talian

Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian.

8. Servis Perkhidmatan

Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.

Keburukan

1. Ketidaktepatan maklumat

Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

2. Virus/Malware/Worm/Trojan

Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.

3. Bahan-bahan yang tidak bermoral

Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.

4. Isu Keselamatan

Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

5. Pembaziran masa

Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.

Read more: http://alyadina.blogspot.com/2010/08/kebaikan-dan-keburukan-internet.html#ixzz1OkMG97lZ
Read more...



Mutiara Kata:



Tera Copy, the most fastest file transfer

Anda terasa pc anda lembab untuk copy data mahupun transfer(pindah) data terutamanya pada usb pendrive mahupun external harddrive??

kami ada penyelasaiannya.... nak tahu????

kami perkenalkan software yang dinamakan TeraCopy...

Fungsi dan ciri-ciri menarik yang ada pada software ini adalah seperti berikut:

1. copy data dengan cepat
2. anda boleh pause dan resume kembali proses copy anda tanpa mengubah sebarang bentuk didalam data anda
3. error recovery (membaik pulih kesilapan data ketika berlakunya pemindahan)
4. menunjukkan data yang corrupt(kerosakan data).
5. dan lain2... (memang gempaq habis)


apa yang menariknya mengenai software ini, seperti contoh jika salah satu atau sesetangah data rosak ketika anda sedang memindahkan fail2/ data2 anda, ia tidak akan menganggu atau menghentikan proses pemindahan malah ianya akan menunda(delay) dan meneruskan pemindahan data2 lain... amat mudah, untuk pemasangan dan cara penggunaannya juga tidaklah sesulit yang disangkakan..


Di bawah saya sediakan beberapa screenshots untuk tatapan anda semua:


Apa yang penting keistimewaan software ini adalah PERCUMA...... betul memang percuma...


pergi link di bawah ini dan muat turun file tersebut, pilih pada TeraCopy sahaja, kalau anda berduit anda boleh pilih pada T
TeraCopy Pro.. Selamat mencuba, anda pasti teruja dengan kehebatan TeraCopy :)

http://www.codesector.com/download.php
Read more...



Mutiara Kata:



Disk Defrag.. Apa fungsi dan kelebihannya

Disk Defrag bermaksud proses penyusunan data-data atau fail-fail di dalam komputer Hard Disk anda. Fragmentation atau Pemecahan/ pembahagian/ susunan data berlaku pada Hard Disk setiap kali kita melakukakan perubahan atau tindakan seperti contoh pemindahan fail, membuang fail serta minyimpan apa sahaja maklumat berkenaan dengan fail di mana fail-fail atau data-data tersebut kerap kali tersimpan di dalam Hard Disk berbeza daripada fail asal tersebut.

Ini akan menyebabkan prestasi window akan menjadi lembap dan mengambil masa yang agak lama untuk membuka sesuatu fail atau applikasi.

Disk Defrag adalah alat atau applikasi yg mampu menyusun segala data-data dan fail-fail di mana ia mampu menyusun kembali data-data tersebut kepada yang lokasi asal. Applikasi ini boleh didapati di dalam window :

1. Pergi pada button "Start".
2. Klik "All programs", dan cari pada "Accessories" dan terus ke "System Tools".
3. Anda akan dapati program yg bernama "Disk Defrag" dan double klik pada Ikon tersebut
4. Kemudian Applikasi Disk Defrag akan terpapar. Jika anda mempunyai lebih daripada 1 Partition Contoh : "Local Disk C, Local Disk D dan lain2", saya sarankan anda mulakan dulu dengan Local Disk C dan di ikuti seterusnya.
5. selepas pilih partition untuk defrag, klik pada button "defrag" .. tunggu sehingga selesai proses defrag tersebut.
6. Saya sarankan sekiranya anda selesai melakukan proses defrag disk ini, Restart PC anda agar segala applikasi Window anda boleh berjalan dengan lancar.


Pilihan kedua, anda juga boleh memuat turun applikasi Disk Defrag ini terus dari laman Sesawang seperti berikut:
http://www.auslogics.com/en/software/disk-defrag/download/.

Applikasi ini adalah percuma, jadi anda tidak perlu risau.. Selamat Mencuba, dan semoga berjaya.. :)
Read more...



Mutiara Kata:



Evolusi Daripada Microsoft Windows

Mari kita semua imbas kembali evolusi Microsoft Windows Bermulanya dari tahun 1982 hingga 2009:


1. 1982


Microsoft released MS-DOS 1.0 (Disk Operting System), a 16-bit operating system with a command line interface


2. 1985

Microsoft introduce the first version of Windows, Windows 1.0, which was also the first OS from Microsoft to feature a graphical user interface (GUI)

3. 1987

Released in 1987, Windows 2.0 was the first Windows OS to allow application windows to overlap one another

4. 1990

Windows 3.0 launched with a revamped GUI, advanced graphics with 16 colors (previous version only supported eight) and improve memory management.

5. 1993


Microsoft's first 32-bit OS, Windows NT 3.1 (New Technology) was launched in 1993. Although numbered 3.1, it was the first in the NT family of operating system, which were designed to be powerful and flexible operating system for business users.

6. 1995

in 1995, windows 95 came with with a new GUI, saw the introduction of Plug and Play Technology, ran 32-bit applications natively and marked the first appearance of Window Explorer.

7. 1996

Windows N 4.0 had the same GUI as Windows 95 and introduced the now familiar Windows Task MAnager. It was the last of the Windows NT family that carried the NT designation.

8. 1998


Windows 98 launched in 1998 abd was followed by an update in 1999 called Windows 09 Second Edition(SE).

9. 2000

February 17th-A continuation of the NT family, Windows 2000 Professional introduced many of the new features of Windows 98 into the NT line. It was released in four different editions.

10. 2000


Septh 14th- Micorsoft released Windows Millennium Edition (ME) in the same year, a consumer orientated OS with an updated GUI that resembled elements of Windows 2000, with the new System Restore feature. It was the last Windows OS to be based on the Windows 95 code base.

11. 2001

Window XP (Short for Experience) was released as the successor to both Windows 2000 and Windows ME, merging the two OS families around the Windows 2000 code base. It Featured a significantly redesigned GUI and was the first version of Windows to use product activation.

12. 2007

Windows Vista was released in 2007, six years after Windows XP- the longest time span ever between successive releases of Windows. Vista was scheduled to ship in 2003, but after years of work and delay, Microsoft group VP Jim Allchin rebooted the project in 2004. The original OS, based on Window XP code, was crapped, key features were cut and the base codewas rewritten, building on top of Windows Server 2003. Vista included a new GI named Window Aero, a changed Window Explorer, introduced Desktop Gadgets and the infamous User Account control.

13. 2009

January 19th- Microsoft released Windows 7 Beta for public download on its website, which could be installed and used until August 1st 2009. Originally limited to 2.5 million downloads; the download popularity caused Micorsoft to extend unlimited downloads until February 10th.

May 5th - Windows 7 release Candidate was released for public download, which could be installed and used until March 1st, 2010 when it will shut down every two hours, eventually expiring on June 1st, 2010.

July 13th- Windows 7 released to Manufacturing (RTM) build finalized. RTM, also known as a Gold Master, indicates that an application has met quality standards and is ready for mass distribution to manufacturers.

October 22nd- The launch date for Windows 7's public release.
Read more...



Mutiara Kata:



Tips Untuk AUTORUN.INF

STEP 1

korang memang da biasa sgt dgr menatang autorun.inf ni kn,,,, Jgn pandang rendah pada autorun.inf ni eh, sbb dengan adanya autorun.inf ni dlm mana drive korang menatang ni dapat memudahkan lagi sistem dijangkiti virus,
Dengan bantuan menatang ni la.. virus dari mana2x pc dpt spread ke pc korang... so ayuh kita mencari jalan camne nk banteras menatang ni...
Mmg byk cara untuk banteras menatang ni,,, ok ni aku nk share kt korang pd yg belum tahu camne cara aku menhalang menatang ni..
Ok first step basic.. biasanya korang main cucuk jek pendrive kn pastu kuar satu autoplay.. so aku nasihatkan korang pangkah je autoplay tu.. jgn korang terus open folder dari autoplay tu sbb melalui autoplay tu menatang ni akan auto spread ke pc korang,
so setiap kali korang nk open apa2x jek dlm pendrive yg dicucuk.. korang gunakan explore.. korang g kt my computer pastu click kanan kemudian tekan explore.
Ok snapshot kt bwh contoh bila korang da masuk my computer secara explore.



ok...bila korang nk buka pendrive korang... biasakan buka dari menu bar tepi.. sbb apa2x jenis menatang perosak dari pendrive korang tidak dapat mudah merebak ke registry windows korang ngan cara camni.



STEP 2

mula2x masuk ke pendrive/external korang.. pastu click new folder...watkan satu folder baru.



Dah siap wat folder baru... Korang click kanan n rename folder tu ke nama autorun.inf



ok.. da siap rename folder td.. korang click kanan pada folder autorun.inf tu pastu tandakan sebagai read only dan hidden .Fungsinya folder yg korang wat akan dapat menyekat fail autorun yg ada virus daripada menyerang masuk ke dlm pendrive/external sbb gagal membuat salinan ke dlm pendrive/external korang .

Kredit : http://mygenk.com



Read more...



Mutiara Kata: